Wednesday, June 29, 2016

Alhamdulillah rezeki 21 Ramadhan 1437H

Bismillahhirahmannirrahim..

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang serta Maha Pemurah..

21 Ramadhan 1437H- 26 Jun 2016: Rezeki buat suami tercinta tatkala menerima emel berkaitan kenaikan gred kerja..alhamdulillah..sujud syukur kepada Allah swt atas kurniaan rezeki ini..berkat sabar suami dalam menempuh dugaan dan cabaran kerja.. ramadhan kali ini Allah kurniakan ganjaran buatnya.. Bukan mudah berada di tempat suami..mengendalikan kes2 berkaitan keselamatan nyawa pengguna jala raya serta kesihatan pekerja..tap berkat sabr..dengan bermula dari bawah..Allah kurniakan rezeki sedikit demi sedikit..supaya dengan kurniaan rezeki ini buat kami berdua lebih dekattttt lagi dgnNYA..insyaAllah aaminn..:)



Yang pasti, surat pertukaran masih lagi di dalam mood penantian..tik tok tik tok tik tok tik tok..

Monday, June 20, 2016

15 Ramadhan 1437H: Penantian berterusan

Bismillahirahmanirrahim..

15 Ramadhan 1437H..sudah separuh ramadhan kita tempuhi..Allahhurabbi..cepat sungguh masa berlalu..masa semakin pantas bergerak..namun begitu kami berdua masih di dalam fasa penantian..

11 Ramadhan 1437H sepatutnya tarikh suami dapat surat pengesahan sama ada bertukar tempat kerja atau tidak..tetapi tarikh pengedaran surat tersebut ditunda ke 15 Julai 2016..lebih kurang seminggu lepas raya..tak mengapa..ada hikmah yang Allah nak sampaikan kepada kami berdua..iaitu nikmat sabar..


InsyaAllah yang baik2 sahaja buat kita semua..:)


Yang pasti, Aidilfitri 1437H adalah tahun kedua kami beraya di Tapah..suami tercinta perlu bertugas di hari raya pertama dan kedua..:)
Semoga suami tercinta sentiasa di dalam lindungan rahmat Allah swt..

Wednesday, June 15, 2016

11 Ramadhan 1437H:Penantian yang mendebarkan

Bismillahirahmanirrahim..


Esok 11 Ramadhan 1437H, hari yang dinantikan oleh suami dan saya dengan perasan agak berdebar berikutan proses rombakan dan pertukaran staf PLUS Highway Berhad. Setiap staf akan menerima surat rasmi pada esok hari. Pada kami berdua ia memang agak mendebarkan kerana ia melibatkan masa depan kami, sama ada rezeki masih di bumi Tapah ataupun di tempat baru. Kami terima dengan hati yg terbuka dan tenang.

Plan A,B dan C telah kami bincangkan seandainya sebarang kebarangkalian terjadi agar mudah kami mengatur langkah seterusnya. Ya, walaupun kami nampak cool dan macam tak berfikir ttg masa depan, tapi hakikatnya kami berdua lebih suka mengambil langkah perancangan tu dalam keadaan yang tenang agar boleh berfikir dengan waras dan rasional. Tambah pula cara saya, saya lebih suka simpan perancangan tu utk panduan saya dan suami sahaja, bukan apa, andaikata kita bersikap "words speak louder than action" risau sangat kebarangkalian yang dicanang tu tak menjadi dan akhirnya kami termalu sendiri. Saya lebih selesa "action speak louder than words" . Mungkin kerana sikap itu menyebabkan sya seringkali ditanya berkenaan perancangan masa depan..setiap kali itu juga saya cuba jawab dengan berhemah dan penuh sabar.. Ya, tambahan pula situasi saya sekarang sebagai surirumah sepenuh masa seolah2 saya tidak punya apa2 utntuk difikirkan dan dilakukan pada pandangan dan pemikiran mereka. Tak mengapa, cukuplah penjelasan yang saya sudah berikan kepada mereka, yang penting Allah s.w.t dan suami tahu apa yang saya fikirkan dan lakukan di rumah ini. Saya banyak belajar dengan para cendekiawan yang saya temui..betapa tenangnya jiwa mereka apabila insan-insan lain nampak mereka sedang berehat seolah-olah tiada apa yang dirisaukan atau difikirkan. Hakikatnya, minda mereka sentiasa bergerak dan berfikir strategi serta perancangan cuma mereka memilih untuk tidak menunjukkan kesibukan minda mereka itu. Sungguh mereka mengikuk resmi padi, semakin berisi semakin tunduk  ke bumi. 

Apa-apa pun, saya dan suami percaya dan yakin Allah swt sedang menguji kami kerana DIA sayangkan kami. Banyak hikmah yang kami belajar antaranya nikmat sabar dan bersyukur..sungguh manis nikmat itu Ya Allah..

Semoga yang baik2 sahaja utk kehidupan pelayaran kami berdua serta semga yang baik-baik sahaja untuk semua saudara Islam di luar sana.

Tahun lepas Allah uji kami berdua berjauhan hampir setahun setengah dan ramadhan tidak dapat bersama..kami belajar nikmat rindu dan kasih sayang serta kejujuran..:)

Tahun ini Allah anugerahkan nikmat sabar berjauhan dengan hadiah dapat sama2 berpuasa dan bersahur 24/7..segala puji hanya bagi Allah..dan Allah uji kami berdua utk belajar menerima kekurangan masing2 serta belajar menguruskan rumah tangga bersama2..

Terima kasih Allah..semoga ada ruang syurga utk kami berdua..aaminn.

Wednesday, June 8, 2016

Ombre Japanese Cotton Cheesecake + BMW R 1200 GS Die cast

First trial! Alhamdulillah syukur sgt dapat buat kek ni utk my darling..hehe

Buat masa ni, die cast je dulu ye darling..insyaAllah ada rezeki kita nnti, kita ride yang betul punya..hehehe

Alhamdulillah seronok sgt dapat buat sesuatu yg bermakna utk birthday suami tercinta. Walaupun hanya sekadar sebuku kek..tapi ianya merupakan pencapaian peribadi saya..utk kepuasan diri sahaja..hehe..memang berdebar2 nak buat kek ni..daripada mula susun bahan-bahan hingga part dekorasi..non-stop saya baca bismillah..siap bagi kata2 semangat kat diri sendiri..haha
Lepas dah siap semua, baru saya sedar..patulah kek ni dijual dengan harga yang agak mahal di luar sana..sebab bahan-bahan digunakan dan juga agak rumit utk dapatkan bentuk ombre (ros) tu. Memang jujur saya cakap, menggigil tangan saya setiap kali nak mula deco bunga ombre tu..huhu
Apa-apa pun, seronok n puas hati dapat buat sendiri kek hari lahir buat suami tercinta..hehe

Oh ye..
BMW R 1200 GS die cast tu memang salah satu model motor berkuasa tinggi kegemaran suami..
Alkisahnya pada 2 minggu lepas kami berdua ada urusan di Subang, jadi kami dapat menginap di Hotel Sunway..bersebelahan dgn Sunway Pyramid.. Kami berdua pun ambil masa jln2 window shopping kat situ..mcm biasa, favourite spot bahagian toys...hehe
Semasa di bahagian toys tu, kami terjumpa model motor ni dan suami saya beritahu ini salah satu model favourite dia..saya hanya senyum dan angguk tanda faham..hehe

Keesokan harinya, setelah saya habis buat ulangkaji utk urusan temuduga,saya minta izin suami utk ke Sunway Pyramid..utk beli mknn n jln2..(padahal dlm otak ni dah aim nak pi beli model motor ni dulu sbg suprise birthday present dia)..pada masa ni suami berada di LLM Bangi..apa lagi..menonong laju pegi cari bahagian toys dan alhamdulillah model motor ni masih elok terletak kat tempatnya..Zasss! saya ambil n bayar cpt2..hahaha..lepas tu pegi kedai S&J untuk beli pembalut..saya minta tolong pemabntu kedai balutkan hadiah ni..dia sangkakan hadiah ni utk anak saya tapi apabila saya maklumkan hadiah ini utk suami, dia suprise! Haha..rilekss..chill..haha..sebab dia first time jumpa seorang wife belikan toys mcm ni utk suami.haha..kami mmg kanak2 ribena..:P

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar hingga hari kejadian saya serahkan hadiah ni kpd suami..dia terkesima sebab dpt model motor kegemaran dia..yeaayy!! hehe
Buat masa ni, tu je yg honey mampu ye darling..hehe

Hadiah tu juga sbg pembakar semangat utk my darling bekerja lebih tekun n komited..hehe
InsyaAllah man jadda, wa jadda..:)
Yeaaayyy!! 

Wednesday, March 30, 2016

Kek Coklat Moist Warisan Bonda

Kek Coklat Moist Warisan Bonda..

Saya sengaja namakan resepi ni warisan bonda sebab saya dapat resepi ni daripada Emak saya..hehe

12 tahun lepas saya mula belajar membuat kek..
Resepi ni merupakan resepi pertama yang saya belajar buat kek..
Seronok sampai comot buku resepi Emak dibuanya..haha
Jadi hari ni saya nak kongsi resepi ni..hehe



Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1/2 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
*satukan bahan-bahan diatas untuk diayak


1 1/2 cawan gula
1 buku butter (250 gram)
1 1/2cawan susu segar (perisa coklat)
1 sudu esen vanilla
4 biji telur


Cara-cara:

1) Pukul butter + gula hingga kembang

2) Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga kembang dan masukkan esen vanilla

3) Masukkan susu segar dan pukul hingga kembang pada kelajuan rendah

4) Masukkan putih telur yang telah dipukul hingga kembang dan bahan2 yang diayak (tepung gandum+serbuk koko+soda karbonat+baking powder) dan gaul adunan hingga sebati

5) Bakar adunan 20-40 minit pada suhu 180 darjah celcius @ pada api yg perlahan sekiranya menggunakan dapur


Topping:

1 keping coklat masakan
1/2cawan susu pekat manis
4 sudu air
4 sudu butter

*campurkan semua bahan-bahan dan masak menggunakan kaedah double boiler

Selamat mencuba! :D


Tuesday, March 22, 2016

Waffle Street, filem inspirasi!

Waffle street!

Ya..itulah tajuk filem orang Putih yang saya dan suami layan baru2 ni..iaitu pada jumaat lepas..

Pada mulanya kami berdua fikir ianya sebuah filem komedi 100%..

Ya..ia memang filem komedi tetapi penuh dengan mesej yang jadi motivasi..

Hakikat yang paling penting, ianya berdasarkan sebuah kisah benar,,
Secara ringkasnya..


Waffle street mengisahkah seorang pemudah yang telah berkahwin dan memiliki kerjaya sebagai seorang penasihat kewangan..

Oh ya..dia berkahwin dengan seorang doktor perubatan..mereka berdua memang romantik..(suka sgt!)

Dalam meniti hari2 yang indah, mereka diduga apabila pemuda tersebut diberhentikan kerja serta merta oleh majikan yang sangat mementingkan diri..(majikan yang sgt tidak bijak sebab buang pekerja yang sgt bijak).

Bermula episod kehidupannya sebagai penganggur..
Hampir 33 hari bergelar penganggur dengan permohonan pekerjaan 70 lebih,
Akhirnya pemuda ni terjumpa sebuah restoran waffle yang memerlukan bantuan..

Aha!
Peluang!
Berbekalkan sikap suke belajar perkara baru dan sanggup bermula dari bawah,
dia diterima bekerja di restoran tersebut..
Dengan hati riang, dia pergi ke hospital berjumpa dgn istertinya untuk kongsi berita gembira tu..
Yeah!
Mereka memang pasangan yg serasi dan melengkapi..
Isterinya sangat optimis!
Sentiasa memberi sokongan kpdnya..
Berita gembira dtg lagi dlm keluarga ni apabila isterinya disahkan mengandung..
Berita tu buatkan si pemuda tersebut mula bekerja lebih utk memastikan kehidupan yg lebih baik..

Sehinggalah dia mendengar desas desus restoran tersebut akan dijual..
 Terus! Pemuda tersebut minta kpd penyelia restoran untuk bekerja lebih masa sehingga capai 1000 jam masa bekerja..

Kenapa???
Sebab sesiapa yang bekerja lebih masa di restoran tersebut dibenarkan membeli restoran tu..

Pemuda tu bekerja keras sehingga sanggup tidur makan semuanya di restoran tu..
Sehingga dia terlupa isterinya yang sedang mengandung..
Sehinggalah pada suatu hari isterinya dimasukkan ke hospital akibat stress..
Sejak hari tu, pemuda tersebut cuba mengimbangi masanya..
Namun begitu impian utk membeli restoran waffle tu tak pernah padam..
Sehingga pemuda tersebut dapat berita yang restoran tersebut telah dibeli oleh saudagar kaya..
Perghhh..
Memang kecewa laaaaaaa..huhuhu

Tetapi..
Dengan kehadiran seorang isteri yg sgt positif dan optimis..
Akhirnya pemuda tersebut berjaya memiliki restoran wafflenya sendiri..

Moral of the story:

Be confident
Ignore negative thinking
Respect good advises
Sincerity
Be positive

For a wife:

Be a grateful and positive wife
Be  the best supporter to husband
Be an understanding wife
Be her very best friend till last breath

For  husband:

Be tough
Be confident
Be brave
Be firm
Always appreciate wife


Sebuah kisah yang memberi inspirasi buat saya dan suami.. :)






Tuesday, March 8, 2016

Suri hati Mr.Iqmal.kehkehkeh

8 Mac 2016

Alhamdulillah..

8 hari dah berada di sisi suami sepenuhnya..wiwiwiwi

Alhamdulillah..seronok sangat..

Dapat sediakan semua keperluan suami dengan hati yang tenang..

Dapatkan siapkan makan pakai suami mmg impian setiap isteri termasuk diri saya sendiri..

Dapat peluk cium suami setiap hari termasuk setiap kali suami nak pergi kerja, mmg perkara yg membahagiakan..

Setelah setahun lima bulan kami berdua berjauhan,..

Alhamdulillah..keputusan yang diambil adalah tepat..

Hidup yang penuh kesederhanaan dapat dnikmati bersama setiap hari..senyummmm..hehe

Lagi seronok bila dapat sediakan bekal untuk suami ke pejabat setiap hari..

dan suami pula happy bila dapat bawa bekal..hehehe..

Seperti pesan mak kpd saya:

Masaklah selagi mampu..
Gosoklah baju suami selagi mampu..
Jagalah waktu tidur suami sebaiknya..
Tanyalah suami nak minum apa setiap kali balik dari pejabat..
Pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih..
Buat semua tu dengan hati yang riang sambil selawat dan basamallah..
InsyaAllah..
Mawaddah Wa Rahmah rumah tangga yang dibina..

Benar..
Allah Maha Pengasih dan Penyayang..:)

Semoga saya terus diberi ruang dan peluang untuk menjadi isteri yang terbaik utk suami tercinta..insyaAllah..aaminnn..:)


p/s: Seronok bila dapat lihat senyuman dan dapat bau mucuk macam insan tercinta..weeeeewwuuuu
Gamabr sekadar hiasan..hahaha..sebab dua2 minat superbike, jadi pinjam gambar kt pakcik google je la..